PKR bincang dengan PAS isu Pakatan 2.0 esok


PKR akan mengadakan pertemuan dengan wakil PAS esok untuk membincangkan secara mendalam berkaitan gabungan baru pembangkang.

Setiausaha Agung PAS Rafizi Ramli, yang mengesahkan perkara ini, berkata pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat parti PKR di jam 2.30 petang esok.

Beliau berkata Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah berbincang dengan parti yang terlibat termasuk Parti Amanag Negara (AMANAH) Rabu lalu berhubung perkara tersebut.

Rafizi yang ditemui dalam Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang, Selangor, Rafizi berkata Wan Azizah akan bertemu dengan DAP dalam masa yang terdekat.

"Ia merupakan satu proses yang perlu kami lalui, duduk berbincang, dan mendengar pandangan mereka. Perkara pertama yang perlu kami tekankan bahawa setiap parti perlu mencapai satu lawan satu," katanya yang mengakui PKR terbeban untuk membawa setiap parti bersama.

Isu penyertaaan PAS dalam Pakatan Rakyat yang baru timbul selepas PKR bertegas mahu PAS bersama dalam gabungan itu tetapi dibantah oleh DAP dan menggesa PKR memberi penjelasan mengenainya.

Hadi pula dilapor berkata tidak mustahil bagi PAS bergerak sendirian tanpa terikat dengan mana-mana parti komponen kerana berdasarkan pengalaman parti itu sebelum ini.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget