S4S tidak bersifat politik dan tak mahu sertai serpihan DAP, CIA


SEKILAS PANDANG: Penggerak utama Sarawak for Sarawakians (S4S), Peter John telah membuat keputusan yang tepat dengan menjauhkan dirinya dan pergerakan ini dari sekumpulan orang yang mendakwa ada kaitan dengan S4S, dan merancang untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

S4S tidak boleh dibenarkan dirampas oleh kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Calon Independent Alliance (CIA).

S4S milik semua rakyat Sarawak tanpa mengira fahaman politik mereka. Anda boleh menjadi ahli mana-mana parti-parti politik, sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, tetapi sekiranya anda percaya pada perjuangan untuk mendapatkan semula hak-hak warga Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963, S4S adalah untuk anda.

Bukannya secara kebetulan, S4S mempunyai tarikan yang luas di kalangan warga Sarawak di sepanjang semua spektrum politik, kaum dan agama, oleh itu, tidak ada parti politik atau ahli politik individu harus dibenarkan untuk merampas S4S.

Ya, jelas ada percubaan untuk merampas S4S oleh kumpulan yang diketuai bekas ahli parti DAP yang kini tidak menyertai mana-mana parti, ADUN Pujut Fong Pau Teck.

Jika Fong dan CIA akan menyertai pilihan raya negeri "untuk memulihkan hak mentadbir diri warganya dan memulihkan kedudukan Sarawak di Malaysia dengan mengkaji semula perjanjian 18 perkara apabila Sarawak bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963" jadi silakan, akan ada beribu-ribu lagi warga Sarawak yang akan berkongsi aspirasi yang sama.

Antara mereka adalah Ketua Menteri Adenan Satem, pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen dan presiden PKR Sarawak Baru Bian. Adenan, Chong dan Baru, seperti ramai warga Sarawak yang lain, selama ini telah memperjuangkan aspirasi S4S – autonomi Sarawak sebagai salah satu daripada tiga pengasas Persekutuan Malaysia.

Fong dan CIA telah lewat tiba, menyertainya apabila pentas telah disediakan dan perhatian telah diperolehi – oleh Adenan, Chong, Baru dan orang lain.

Tetapi dimanakah Fong dan CIA sebelum ini?

John berkata: "Saya menghargai Lina Soo (salah seorang ahli CIA) kerana perjuangan tanpa lelah beliau bagi autonomi negeri di bawah sepanduk-sepanduk seperti 722 dan Sapa, tetapi dia bukan sebahagian daripada S4S.

“Apabila S4S mengumpul hampir 10,000 warga Sarawak di lapangan Song Kheng Hai pada 22 Julai, dia berkeras untuk menjalankan pertemuan 722 kumpulannya pada 19 Julai.



"Fong bagaimanapun tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran majlis-majlis berprofil tinggi S4S baru-baru ini, sama ada di Miri atau di Kuching. S4S tidak mahu dikaitkan dengan beliau atau CIA. S4S tidak mahu diseret ke dalam perjuangan politik Fong.

"Walaupun parti-parti dan ahli-ahli politik mempunyai hak untuk menyatakan perjuangan mereka bagi autonomi negeri dan lain-lain isu, S4S akan memastikan yang namanya tidak digunakan untuk meraih undi dalam pilihan raya negeri akan datang.

S4S akan kekal tidak terlibat dalam politik.”-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget