ROS digesa siasat status DAP

Rahmad Isahak
GEORGETOWN - Pendaftar Pertubuhan (ROS) didesak supaya segera menyiasat parti DAP yang sejak dua tahun lalu tidak diiktiraf pemegang jawatan dalam Jawatan Tertinggi Pusat (CEC).

Setiausaha Organisasi (Penaja) Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, kelewatan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan dalam membuat keputusan terhadap DAP boleh mengundang persepsi negatif rakyat terhadap integriti badan berkenaan.

“Dari sudut yang rasional, sepatutnya siasatan terhadap DAP perlu dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum ROS memutuskan siasatan ke atas parti MIC.

“Sudah dua kali iaitu pada Disember 2012 dan September 2013, DAP mengadakan pemilihan parti malah kedua-duanya ROS tidak iktiraf pemegang jawatan CEC kerana didakwa wujud penipuan hasil dari laporan dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri,” katanya.

Rahmad berkata, apa yang menjadi persoalan, bagaimana DAP boleh beroperasi seperti biasa tanpa sebarang tindakan.

“Bagaimana DAP masih bebas beroperasi tanpa sebarang tindakan sedangkan wujud arahan mandatori dari ROS pada Disember dua tahun lalu yang melarang pemegang jawatan CEC yang belum disahkan daripada membuat sebarang polisi mahupun keputusan parti sehingga siasatan terhadap parti berkenaan dimuktamadkan.

“Dengan hal ini, adakah kepimpinan parti berkenaan benar-benar bebas daripada arahan mandatori berkenaan?,” katanya.

Menurutnya, banyak tindakan layak dipertikaikan semasa tempoh larangan termasuk membenarkan calon DAP bertanding di dua PRK Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan, buat keputusan pelantikan ahli majlis serta melantik pemegang jawatan di peringkat negeri.

- Sinar Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget