Sudah tiga menara dibina berdekatan Stapok iaitu di RPR Batu Kawa, MJC dan Wee & Wee Garden
Ini kerana menurut wakil penduduk yang dikenali sebagai Wong, radiasi berbahaya daripada menara tersebut akan menjejaskan kesihatan penduduk.
Malah menurut Wong, tiada keperluan untuk menara tersebut dibina memandangkan sudah terdapat tiga menara dibangunkan berdekatan kawasan itu iaitu di RPR Batu Kawa, MJC dan Wee & Wee Garden.
“Kami tidak mahu menara ini dibina di sini dengan mengambil kira kesan kepada kesihatan penduduk terutama pelajar dari sekolah berdekatan.
“Lagipun lokasi di mana menara dibina sangat tidak sesuai memandangkan ia terletak di Gelanggang Badminton Stapok ini yang merupakan pusat rekreasi bagi penduduk di sini.
“Pusat rekreasi ini dibina bagi tujuan kesihatan penduduk, mengapa pula ia harus dicemar dengan membina sebuah menara telekomunikasi di sini,” katanya di sini, semalam.
Berikutan bantahan itu, penduduk semalam mengadakan demonstrasi secara aman di tapak pembinaan menara telekomunikasi itu.
Malah Jumaat lepas, penduduk memohon bantuan daripada Ketua Biro Aduan Awam SUPP Wilfred Yap bagi mengemukakan hal ini kepada pihak yang berkenaan.
Susulan itu, Yap telah menulis surat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak serta Ketua Menteri bagi memaklumkan hal ini.
Sehingga demonstrasi itu diadakan sekitar jam 4.00 petang, seramai 137 wakil penduduk telah menandatangani bantahan itu.-Utusan Borneo
Post a Comment