Semua ini kata Tuan Ibrahim Tuan Man adalah taktik supaya rakyat berhenti berbicara mengenai 1MDB mahupun derma RM2.6 bilion.
KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri Najib Razak memuji perhimpunan baju merah bertujuan untuk mengalihkan isu yang menimpa dirinya, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, secara tidak langsung rakyat terus terjerumus dalam kancah perdebatan perkauman yang tidak kesudahan.
Perhimpunan baju merah pada Rabu lalu bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
"Sebagai contoh, Najib Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib tidak memberikan respon kepada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Wall Street Journal sehingga hari ini,"katanya.
Antara dakwaan WSJ – seperti duit 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun persendirian Najib, kehilangan dua jumlah duit sebanyak USD1.4 bilion dan USD993 juta di dalam transaksi pelaburan 1MDB dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC) – tidak pernah dijawab atau diulas Perdana Menteri, kata Tuan Ibrahim.
Yang ada hanya suara 1MDB memperlekehkan laporan tanpa menjawabnya secara telus dan terus., katanya
Semua ini tambah beliau adalah taktik supaya rakyat berhenti berbicara mengenai 1MDB mahupun derma RM2.6 bilion.
- Berita Daily
Post a Comment