Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom menegaskan, ia sekali gus memberikan mandat lebih kuat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
“Mereka (komponen BN lain) telah diberi masa secukupnya untuk menyelesai masalah dalaman kerana pada akhirnya nanti ketua menteri sebagai pengerusi BN Negeri perlu membuat keputusan bagi memastikan BN menang majoriti.
“Disebabkan itu kadangkala PBB perlu menasihat kepada mereka bukan untuk mengawal tetapi memastikan BN boleh menang di beberapa kerusi dan mengekalkannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kad keahlian PBB Demak Laut daripada ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni di ibu pejabat PBB di sini, semalam.
Dr Rundi yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, parti sentiasa bersifat natural termasuk apa sahaja masalah dalaman dihadapi parti komponen BN lain dengan memastikan mereka menyelesaikannya.
Mengenai persediaan pilihan raya, beliau berkata jentera PBB sememangnya bersedia sepenuhnya untuk PRN yang mungkin boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang,
Bagaimanapun kata beliau ia tidak menjadikan parti mengambil mudah perkara itu dan telah bersedia sejak awal sama seperti pilihan raya sebelum ini.
“Kami mempunyai sistem dalam parti dan mengarah ketua cawangan menyalurkan maklumat parti dilakukan dengan betul kepada ibu pejabat parti.
“Parti sebenarnya telahpun bersedia dari segi jentera dan kerja di peringkat akar umbi bagi memboleh kita menghadapi pilihan raya akan datang selain mengekalkan kestabilan PBB,” katanya.
Menurutnya, semua cawangan iaitu 35 cawangan diwakili PBB untuk kerusi DUN cukup bersedia apabila Sayap Pemuda dan Wanita bergerak secara agresif dengan pelbagai strategi bagi memasti kemenangan bukan sahaja untuk parti tetapi BN secara keseluruhan.
“Kita juga mahu parti komponen BN lain turut sama dan saya akan mengadakan mesyuarat bersama semua Setiausaha Agung parti masing-masing untuk perkara ini kerana saya diarah ketua menteri untuk sinergi semua jentera diperingkat akar umbi,” tegasnya.
Ditanya mengenai penubuhan parti-parti baharu yang berterusan kini, Dr Rundi juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) berkata, ia sememang sudah sinonim apabila menjelang pilihan raya.
Katanya setiap kali menjelang pilihan raya pasti ada sahaja sekumpulan individu yang mempunyai niat mewujudkan atau menubuhkan parti.
“Namun kalau hasrat hanya menubuhkan parti masa pilihan raya ia pasti tidak lama kerana selesai pilihan raya parti itu pun tiada tetapi ada parti yang dari dahulu sampai sekarang masih kuat dan relevan dan kita tahu siapa mereka,” katanya.-Utusan Borneo
Post a Comment