Lebih banyak dialog sepatutnya diadakan antara rakyat Sabah dan Sarawak dengan pemimpin di Semenanjung Malaysia berkaitan perjanjian 20 perkara (Sabah) dan 18 perkara (Sarawak), kata seorang pakar perlembagaan.
Professor Emeritus Shad Saleem Faruqi berkata demikian dalam sebuah forum berkaitan “idea-idea Hari Malaysia” di Kuala Lumpur.
Beliau berkata perlu diteliti berapa banyak perkara yang dinyatakan dalam perlembagaan dan berapa yang tidak dimasukkan.
“Banyak perkara 20 dan perkara 18 tidak dimasukkan sebagai undang-undang dan tidak mempunyai status undang-undang.
“Justeru ia bukan tugas daripada aspek undang-undang tetapi isu moral,” katanya.
“Ini sebabnya saya fikir patut ada lebih dialog dengan Sabah dan Sarawak, walaupun hakikatnya federalisme di Malaysia lebih harmoni berbanding negara lain,” katanya.
- Malaysiakini
Post a Comment