Jerebu: Singapura sedia skim subsidi untuk rakyat


SINGAPURA: Berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk, Kementerian Kesihatan (MOH) akan mengaktifkan Skim Subsidi Jerebu mulai Rabu di poliklinik dan Klinik Kesihatan Awam, mengikut kenyataan MOH.

Terdahulu dalam posting Facebook, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Vivian Balakrishnan, berkata pelbagai agensi kerajaan telah menyediakan pelan tindakan mereka.

“MOH akan mengaktifkan Skim Subsidi Jerebu bagi membantu rakyat Singapura yang memerlukan keperluan perubatan berkaitan jerebu.

“Kementerian Tenaga Kerja, Persekutuan Kebajikan Singapura dan Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC) menyeru semua majikan untuk memberi penjagaan khas kepada pekerja mereka semasa tempoh ini dan sekolah pula perlu menyediakan pelan kecemasan mereka,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, Persatuan Penduduk akan turut mengedarkan bungkusan ‘We Care’ kepada pihak yang memerlukan.

- Free Malaysia Today
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget