“Kerajaan melalui MAI hendaklah bekerjasama menentukan undang-undang tanah NCR terutama berkaitan konsep ‘Pulau Galau’, ‘Pemakai Menua’, ‘Temuda’ dan sebagainya berkaitan tanah NCR milik penduduk asal di negeri ini khususnya masyarakat Iban,” katanya.
Dengan kuasa lebih luas dimiliki MAI akan membantu dalam memperhalusi undang-undang berkaitan tanah NCR milik penduduk negeri ini sekali gus menyelesaikan masalah pertikaian tanah.
Beliau berkata demikian sebagai tanda sokongan kepada cadangan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing yang inginkan MAI mempunyai kuasa mutlak ke atas undang-undang berkaitan dengan konsep ‘Pulau Galau’ dan ‘Pemakai Menua’ dalam komuniti Dayak di negeri ini khususnya masyarakat Iban.
“MAI secara tidak langsung membantu masyarakat Dayak yang mempunyai tanah NCR termasuk undang-undang berkaitan tanah yang lain berkaitan adat sesebuah komuniti terhadap tanah masing-masing tidak dapat dipertikaikan,” ujar beliau.
Ahli Parlimen Bintulu itu berkata, masih terdapat banyak isu tanah NCR belum diselesaikan hingga kini dan sekiranya MAI boleh menjadi peneraju kepada penasihat tanah adat, menerajui pihak berkuasa pasti boleh diberi peluang bagi dijadikan rujukan semua pihak terutama pemilik tanah dan mahkamah yang menyelesaikan sebarang pertikaian.
“Banyak isu serta masalah membabitkan tanah NCR negeri ini dengan adanya MAI diharap dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan tanah terbabit,” jelasnya.
Beliau menambah, jika MAI diberikan kuasa lebih besar ia boleh memainkan peranan sebagai badan boleh dipercayai menentukan status tanah NCR sekali gus mempunyai bidang kuasa ke atas tanah-tanah NCR.
Tiong menggesa kerajaan negeri tidak membiarkan isu-isu tanah tergantung terlalu lama tanpa sebarang penyelesaian, sebaliknya mencari jalan penyelesaian kepada isu yang seakan-akan tiada kesudahannya ini.-Utusan Borneo
Post a Comment