Ketuanan Melayu rampas maruah dan potensi orang Melayu


KOMEN pembaca Semut Harian:

Stan Lee Cheow Hee: Hazlan Zakaria, jangan benci diri sendiri. Jangan bencikan Melayu - mereka baik hati, dan berbudi bahasa.

Ini bukan salah salah mereka. Dalam hidup, ada beberapa perkara di luar kawalan kita. Sudah naluri kita mempertahankan bangsa, kerana itu bangsa kita. Dan naluri ini telah dieksploitasi pihak pemerintah bagi mengekal kuasa selama 58 tahun.

Ketuanan Melayu dihasilkan sebagai dadah agar orang Melayu biasa leka ketika mereka dirompak malah mereka berterima kasih dapat diberi sumbangan picisan dari golongan elit. Dadah ini menyebabkan kroni kaya tanpa berusaha gigih sementara orang melayu biasa beratur untuk BR1M. Dan apabila mereka mengeluh, ada sahaja bangsa Cina untuk dijadikan kambing hitam.

Dadah ini memberi kesan kepada mereka yang tidak mengambilnya. Jika anda berjaya dengan usaha sendiri, tanpa bantuan Umno, anda tetap dipandang menjadi berjaya kerana anda Melayu.

Saya galakkan anda sebagai orang Melayu mengambil masa memikirkan kesan dadah ini yang menyebabkan melayu alpa. Anda tidak dapat ubah bangsa. Sekiranya melayu lain berpandangan sebegini maka barulah bangsa kamu dapat berjaya.

Chee Ann: Itulah nasihat yang baik Stan, Ketuanan Melayu tidak adil bagi bangsa mereka dan sebenarnya satu kepalsuan.

Saya sedih melihat bangsa mereka dirompak dari mencapai potensi dan hilang maruah, kerana mereka diajar hanya meminta minta.

Frank Liew: Hari ini Hari Malaysia. Kita semua Melayu, Cina dan India bersahabat. Ribuan Baju Merah tidak mewakili kita. Mereka hasil kejahatan dan digembala orang tertentu dengan habuan tak seberapa. Happy Malaysia Day, bro.

Anand Palaniappan: Mengapa benci Melayu. Saya ingat lagi tahun 1960an dan 70an semasa saya membesar dengan orang Melayu. Saya bermain, makan dan berkunjung ke rumah mereka dan sebaliknya.

Hanya ahli politik dari Umno yang mengubah negara ini kepada apa yang kita saksikan hari ini.

Seperti di India, ahli politik terjun ke bidang itu bagi melakukan kebaikan, tetapi sistem menyebabkan mereka korup.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget