"Ini khabar angin, kalau tidak saya sebagai naib presiden akan tahu jika ia merupakan aganda tetap," katanya selepas menghadiri majlis bersama kepimpinan negara pada Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat hari ini.
Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan berkata demikian ketika mengulas mengenai khabar angin bahawa MT akan mengambil tindakan memecat atau menggantung keanggotaan Muhyiddin dan Mohd Shafie dalam mesyuarat Rabu depan.
Beliau juga tidak pasti sama ada kedudukan Muhyiddin dan Mohd Shafie akan dibincangkan sebagai salah satu agenda dalam mesyuarat itu.
"Tidak semestinya perkara ini berbangkit pun. Ini perkara-perkara yang dihebohkan di sosial media dan sebagainya. Macam mana mereka (media sosial) nak tahu apa nak dibincangkan dalam MT. Saya sebagai ahli MT pun tidak tahu.
"Tidak mungkin kita nak layan benda-benda (khabar angin) macam ni, mungkin tidak berlaku pun," katanya.
Beliau berkata masih ada banyak perkara yang lebih penting untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu terutama yang berkaitan dengan kepentingan negara.
"Saya nak wujudkan satu kesedaran bahawa kita tiada masa untuk berpecah sesama kita kerana agenda lebih besar adalah melihat kepada ekonomi negara. (Kita) hendak lihat kepada kestabilan, keselamatan dan pertahanan negara," kata menteri pertahanan itu.
Beliau turut berkata bagi menangani kesemua perkara itu, kesemua anggota Umno perlu bersatu dalam satu pasukan.
- Bernama
Post a Comment
UMNO parti paling bodoh. Mereka sendiri tidak pasti apa itu rasuah. Kalau derma PM bukan rasuah, tidak ada individu yang boleh didakwa dibawah akta SPRM.