Pasukan khas teliti video Bersih 4.0



KUALA LUMPUR - “kita tidak akan biarkan mereka terlepas begitu sahaja,”.

Itulah janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung tindakan yang akan diambil pihaknya terhadap peserta Bersih 4.0 yang melakukan perbuatan menyalahi undang-undang sepanjang perhimpunan haram itu pada Sabtu dan Ahad lalu.

Tegasnya, polis menubuhkan pasukan khas bagi meneliti rakaman video dan gambar yang diambil sepanjang perhimpunan tersebut dalam mengenal pasti individu yang melakukan perbuatan menyalahi undang-undang.

“Kita ada rekod pergerakan peserta pada perhimpunan itu. selepas penelitian dibuat, mereka yang dikenal pasti melanggar undang-undang akan dipanggil. Tindakan akan diambil kerana kesalahan sudah dilakukan. Kita tidak akan biarkan mereka terlepas,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam si­dang akhbar selepas me­ras­mikan Pameran berkaitan Tek­nologi Keselamatan (IFSEC) Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Kua­la Lumpur, di sini hari ini.
Semalam, polis memanggil penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah untuk diambil kenyataan berhubung perhimpunan haram itu.

Turut diambil kenyataan ialah enam lagi aktivis propembangkang yang juga terlibat dalam penganjuran perhimpunan berkenaan iaitu Timbalan Pengerusi Bersih 4.0, Sarajon Huda Abdul Hassan; Bendahari, Masjaliza Hamzah; Ahli Jawatankuasa, Farhana Halim dan Fadiah Nadwa; Ahli Sekretariat, Mandeep Singh serta aktivis pelajar, Adam Adli.

Semasa ditemu bual, Maria enggan mendedahkan kepada polis mengenai akaun derma bernilai RM2.4 juta yang diperoleh pihaknya untuk menganjurkan perhimpunan tersebut dan menyatakan bersedia ke mahkamah sekiranya didakwa.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya akan tetap menghormati status negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad meskipun bekas Perdana Menteri itu kini sedang disiasat berhubung pembabitannya dalam Bersih 4.0.

Menurutnya, pihak polis juga akan tetap menjalankan tanggungjawab menyiasat perkara itu berikutan laporan polis terhadap Dr. Mahathir telah dibuat oleh pihak lain.

“Kita perlu merakam percakapan Dr. Mahathir kerana kita menerima laporan polis. Laporan itu dibuat oleh seorang ketua bahagian UMNO.
“Apabila proses-proses itu dilakukan, sudah tentu kita akan menjaga seorang negarawan dengan sebaik-baiknya, tetapi adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, siasatan terhadap Dr. Mahathir kini dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
 Tambahnya, beliau sendiri akan memaklumkan perkara itu kepada Dr. Mahathir, namun tetap yakin bekas pemimpin itu maklum berhubung siasatan tersebut.


- Utusan Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget