Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, keempat-empat penerima itu terdiri daripada keluarga Lidi Ajong, Duya Unchol, Labang Unggok dan Ganang Chanok.
“Program mendekati rakyat ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan DUN Lambir bagi membantu rakyat miskin di kampung dan rumah panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada penerima.
Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan bantuan itu ialah Ketua Wanita PBB Lambir Kaunselor Zainani Salleh, Pemanca Wilson Siang Lim serta Skuad Sayang DUN Lambir dan Jabatan Hal Ehwal Sarawak (JASA) Bahagian Miri yang turut membantu menjayakan program berkenaan.
Menurut Ripin, program itu turut mendapat kerjasama baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri, JASA dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam kawasan DUN Lambir.
Beliau berkata ia menjadi platform ahli parti kawasan DUN Lambir, NGO dan agensi kerajaan berkaitan saling berganding bahu membantu golongan memerlukan.
“Ia merupakan salah satu cara membantu golongan memerlukan dan meringankan beban ditanggung keluarga memerlukan bantuan.
“Selain itu ia juga memberi dorongan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan dan sentiasa berusaha memperbaiki keadaan diri,” jelasnya.
Ripin yang juga setiausaha politik Ketua Menteri berkata, melalui kerjasama agensi kerajaan berkaitan, program itu bertujuan mengenal pasti golongan miskin dan kurang bernasib baik di konstituensinya.
Ripin mahu penduduk di kawasannya mengambil peluang melibatkan diri dalam arus perdana pembangunan seperti SCORE yang dibangun kerajaan.
“Sehubungan itu, kontraktor tempatan atau pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) perlu merebut peluang yang ada dan bekerjasama erat dengan agensi kerajaan bagi membolehkan mereka memahami peluang serta terbabit dalam sektor perkhidmatan.
“Memandangkan Lambir terletak di kawasan pinggir SCORE, ia merupakan peluang IKS memainkan peranan merebut peluang dan mengenal pasti bidang yang dapat menyedia perkhidmatan diperlu,” katanya.-Utusan Borneo
Post a Comment