Calon terus BN berkemungkinan akan melihatkan PBB yang dominan


FOKUS SARAWAK: Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) berada di sini untuk selama-lamanya, kata presiden William Mawan.

Beliau yakin bahawa tiada sebarang bantahan daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), kesemua parti komponen BN, dapat menghalang Teras dari landasannya.

Mawan mesti mempunyai sebab yang baik untuk mengetepikan kewujudan PRS, SUPP dan SPDP, kesemua parti-parti komponen BN, selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpin oleh Ketua Menteri Adenan Satem.

Adenan tidak melakukan sebarang usaha untuk menyembunyikan kesukaan beliau kepada Mawan dan penyandang kerusi DUN lain dari Teras dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) pimpinan Wong Soon Koh.

Adakah ini sebab Mawan menjadi begitu angkuh?

Ia mungkin begitu, jika khabar angin ini benar.

Seperti kata mereka, kalau tak ada angin tak akan dahan bergoncang, dan khabar angin mengatakan bahawa Adenan telah diarahkan - ya, diarahkan - untuk meletakkan kesemua penyandang Teras dan UPP dalam pilihan raya negeri akan datang sebagai calon terus BN.

Saya suka untuk percaya bahawa Adenan bertindak secara sendiri.

Kenapa? Kerana beliau berkata mengikut dirinya sendiri: “Apa yang anda lihat adalah apa yang akan anda dapat. Saya tidak suka berpura-pura.”

Jadi apakah Adenan telah “diarahkan” oleh tangan ghaib, yang boleh dikatakan sebagai kuasa sebenar di sebalik tabir?

Tetapi sekali lagi, melihat bagaimana beberapa perkembangan akhir-akhir ini - mengambil contoh, Yang di-Pertua Negeri Abdul Taib Mahmud melancarkan dana pendidikan UPP dan sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri di Sibu kelihatan seperti hal ehwal UPP, ianya tidak begitu sukar untuk membuat kesimpulan - Taib dan Adenan bersama-sama dalam perkara ini.

Dan formula mereka adalah untuk mempunyai calon-calon terus BN. Tetapi adakah ini akan berkesan?

Ianya berkesan di masa lalu - buat Billy Abit yang memenangi Kapit, selepas beliau memilih untuk menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Ia turut berkesan buat Dr James Dawos Mamit yang memenangi Mambong dan kemudian memilih untuk menyertai PBB.

Tetapi itu adalah pilihan raya parlimen dan Billy dan James dicalonkan oleh pengerusi BN kebangsaan.

Lagipun, dua lelaki itu bukanlah penyandang, bermakna mereka tidak datang dari mana-mana parti politik, justeru mereka bebas untuk memilih mana-mana parti selepas kemenangan mereka.

Bagaimanapun, khabar angin bertiup kencang mengatakan Adenan akan meletakkan calon penyandang - dari Teras dan UPP.

Katakanlah orang seperti Mawan, Sylvester Entri, Rosey Yunus, Paulus Palu Gumbang dan Peter Nansian menang, adakah bermakna mereka akan menyertai Teras kembali?

Adakah ia bermakna ADUN UPP - Wong, Dr Jerip Susil, Ranum Mina dan Dr Johnical Rayong akan menyertai UPP kembali?

Jika itu berlaku, kenapa perlu mempertandingkan calon terus BN sedangkan Teras dan UPP bukanlah parti komponen BN?

Jika mereka akan kembali menyertai parti masing-masing kembali maka lebih baik mereka bertanding menggunakan simbol parti mereka sendiri.

Sebaliknya, jika calon terus BN ini menang dan mereka diberi pilihan untuk menyertai mana-mana parti BN negeri sedia ada, ianya terlalu mudah untuk meneka ke parti mana orang-orang seperti Mawan, Entri, Rosey, Paulus dan Nansian akan sertai.

Kecuali buat Mawan, empat orang yang lain calon yang dipaksa SPDP oleh Taib ketika beliau masih lagi ketua menteri dan Mawan masih lagi presiden SPDP.

Tetapi adakah Wong dan leftenan Dayak beliau akan sertai SUPP?

Atau adakah Wong akan sertai SUPP dan rakan-rakan Dayak beliau diberi pilihan untuk pergi ke mana yang mereka mahukan?

Jika ini berlaku, Mawan tidak begitu tepat apabila mengatakan Teras berada di sini untuk selama-lamanya.

Tetapi, ya, orang-orang Teras akan kekal. Orang-orang UPP akan kekal.

Ke mana Wong akan pergi lebih sukar untuk dijangka, tetapi buat ADUN Dayak, petunjuk menyatakan yang mereka akan sertai PBB.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget