Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi menjelaskan bahawa kaedah itu digunakan untuk menambah peratusan pengundi yang turun mengundi pada PRN nanti.
“Kami mempunyai 99 ahli jawatankuasa peringkat cawangan dan kalau jumlah ini ditambah dengan ahli jawatankuasa peringkat ranting, kami ada kira-kira 380 hingga 400 ahli yang akan menjaga sekurang-kurangnya 12 hingga 24 pengundi.
“Ini kami panggil ‘men to men’ yang mana setiap ahli jawatankuasa peringkat cawangan dan ranting diberi tanggungjawab mengenali pengundi di bawah jagaan masing-masing supaya apabila proses pengundian dijalankan pada PRN nanti ia akan lebih mudah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Taklimat Pengurusan PBB DUN Pantai Damai yang dihadiri 109 orang di Hotel Dormani di sini semalam.
Dr Rahman memberitahu, berdasarkan statistik suku keempat 2014, DUN Pantai Damai mempunyai 16,167 pengundi berdaftar.
Malah, beliau mendedahkan jumlah ahli PBB DUN Pantai Damai kini seramai 16,411 ahli iaitu jumlah keahlian yang paling ramai berbanding kawasan DUN PBB yang lain di seluruh Sarawak.
Beliau yang turut optimis bahawa PBB Pantai Damai akan mengekalkan pencapaian peratusan turun mengundi berkata, pada PRN akan datang pihaknya menyasarkan lebih 10,000 orang akan turun mengundi.
“Justeru, saya boleh katakan bahawa jentera PBB DUN Pantai Damai kini sudah 100 peratus bersedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa sahaja,” ujarnya.-Utusan Borneo
Post a Comment