SEMOP: Abdullah Saidol diumum sebagai calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop pada PRN Sarawak ke 11 sekaligus diberi tanggungjawab mempertahan kerusi tersebut.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem semasa merasmikan program penutupan Hari Keusahawanan Desa Pulau Bruit di Kampung Semop tengahari tadi.
Ketika ditemui selepas program itu, Abdullah berkata walaupun Ketua Menteri telah membuat pengumuman meletakkan beliau sebagai calon, apa-apa perubahan tidak mustahil berlaku pada saat akhir.
"Walaubagaimanapun saya amat berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana meletakkan kepercayaan kepada saya. Tidak kira siapa wakil rakyat di situ (DUN Semop), apa yang penting ialah wakil rakyat perlulah rajin dalam melaksanakan tugas serta menyuarakan hak rakyat," kata Abdullah.
Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 yang lepas, Abdullah telah menang majoriti 3,226 undi untuk DUN Semop.-SarawakLIVE
Post a Comment