Internet Malaysia 2x lebih perlahan daripada Thailand


KUALA LUMPUR: Kadar purata kelajuan sambungan internet Malaysia terbukti merosot bagi suku ketiga 2015, malah dua kali ganda lebih perlahan daripada Thailand.

Hasil tinjauan sedunia oleh penyedia rangkaian penghantaran kandungan (content delivery network), Akamai Technologies mendapati kelajuan sambungan internet di Malaysia adalah 4.9 megabit sesaat (Mbps) sahaja, berbanding Thailand 8.2 Mbps.

Kadar purata itu juga meletakkan Malaysia di belakang Sri Lanka (5.1 Mbps), Taiwan (10.1 Mbps) dan Singapura (12.5 Mbps).

Namun sukacita dilaporkan bahawa Malaysia berada di hadapan Vietnam (3.4 Mbps), Indonesia (3.0 Mbps) dan Filipina (2.8 Mbps).

Hasil tinjauan yang dijalankan pada Julai hingga September lalu itu dihimpunkan dalam laporan State of the Internet yang diterbitkan pada 16 Disember lalu.


Memetik laporan Bernama, Akamai mendapati rakyat Malaysia antara yang paling banyak berhubung secara global, malangnya ia tidak berpadanan dengan kelajuan yang diingini mereka.

“Kira-kira 87 peratus pengguna internet Malaysia melayari video secara kerap dan angka itu dijangka meningkat menjelang tahun depan.

“Bagaimanapun, kadar kelajuan sambungan sekarang tidak mungkin dapat menampung permintaan bagi melayari video di Malaysia,” katanya.

- Free Malaysia Today
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget