Malah, katanya mereka yang memberi sokongan padu kepada BN adalah ahli keluarga kepada parti itu.
“Apa yang kita tekankan adalah rakyat harus menyokong BN, mana-mana parti komponen, kumpulan mahupun individu yang memberi sokongan kepada BN adalah ahli keluarga kita (BN).
“Ia sudah menjadi amalan dalam BN dan PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) juga,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ceramah dan Latihan Praktikal anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sungai Tapang Hilir di Bandar Baru Batu Kawa di sini semalam.
Dalam program yang merupakan inisiatif Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Batu Lintang itu, Sagah turut bimbang terhadap golongan muda pada masa ini yang mengetahui akan fungsi dan peranan SABERKAS.
“Meskipun SABERKAS ini adalah pertubuhan untuk belia tetapi ia memerlukan orang berpengalaman untuk memimpin ahli yang muda.
“Selain itu, kita telah menyasarkan bahawa SABERKAS harus mempunyai 70 peratus ahli jawatankuasa yang terdiri daripada orang muda yang berusia kurang daripada 45 tahun,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa SABERKAS adalah pertubuhan sukarelawan dan bukannya sebuah jabatan kerajaan.
“Saya percaya apabila kamu dewasa nanti sebahagian daripada kamu akan menyertai pertubuhan ini,” katanya.-Utusan Borneo
Post a Comment