Jangan salahguna kuasa untuk jatuhkan pihak lain :Masing

Sokongan akar umbi ukuran kekuatan PRS


SRI AMAN: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Amar Tan Sri Dr James Jemut Masing menasihat rakyat supaya tidak menjadikan alasan tidak cukup sumber kewangan sebagai punca tidak menyokong PRS.

Menurut Dr Masing, ini kerana kekuatan PRS bukan diukur dari sumber kewangan tetapi berdasar sokongan tidak berbelah bagi diberi rakyat peringkat akar umbi.

“Sebenarnya PRS berkembang dan utuh hasil sokongan rakyat yang mengetepi isu kelemahan sumber kewangan untuk terus memberi sokongan,”ujarnya.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran pelantikan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri di Rumah Lindang, Lachau Ili, Sri Aman, di sini, semalam.

Jelasnya, rakyat harus membantu mengembang PRS dan yakin ia mampu menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) utuh tanpa bergantung kepada pihak lain pada masa akan datang.

Selain itu, Masing menasihat pemimpin dalam PRS agar tidak menyalah guna kuasa diberi rakyat untuk menjatuhkan pihak lain.

Menurutnya, kuasa diberi rakyat harus diguna sebaiknya supaya ia dapat memberi faedah kepada semua pihak bukannya hanya untuk kepentingan sendiri.

“Saya nasihat pemimpin agar mengamal sikap bersabar kerana ia pasti memberi manfaat seperti pelantikan Masir sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pertanian, Datuk Mong Dagang, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Hal Ehwal Penan Datuk John Sikie Tayai, Ahli Parlimen Ulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, para Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, para pegawai kerajaan dan 225 orang ketua kaum di sini.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget