Zahid sahkan UMNO tidak akan pecat Muhyiddin dan Shafie


PUTRAJAYA: UMNO tidak akan memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.

Ia disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali gus mematikan spekulasi itu yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.

Zahid berkata, beliau langsung tidak diberi maklumat malah tidak mengetahui mengenai isu pemecatan Muhyiddin dan Shafie itu.

“Saya tidak dimaklumkan dan tidak pernah dibincangkan mengenai pemecatan atau sebagainya.

“Jadi jangan buruk sangka dan melakukan spekulasi terhadap perkara berkenaan,” katanya selepas sesi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengurusan Bencana di Bangunan Perdana Putra pada Selasa.

Spekulasi pemecatan Muhyiddin, Shafie dan lima yang lain disebarkan sejak minggu lalu yang mendakwa keputusan itu akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada Rabu.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri itu juga mengesahkan bahawa Muhyiddin dan Shafie masih lagi terlibat di dalam mesyuarat MT UMNO termasuk mesyuarat Biro Politik yang telah diadakan pada Isnin.

“Muhyiddin hadir dengan Shafie Apdal dan saya duduk di sebelah kanan Muhyiddin dan juga kiri saya adalah Shafie,” katanya.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget