Andri Zulkarnaen, Pengarah Komunikasi Parti AMANAH Sarawak mengumumkan bahawa Pengerusi DHPP Sarawak, Saudara Yeo Kian Leong telah menyertai "Parti Amanah Negara" selepas pelancaran parti tersebut di Shah Alam semalam.
Dalam kenyataan akhbar itu juga, Andri menyatakan Yeo juga dilantik sebagai Pengerusi Amanah Parlimen Miri.
"Dengan penyertaan Mr Yeo ke "Parti Amanah Negara" Sarawak maka lengkaplah beberapa penaja parlimen yang akan dibentuk nanti", kata bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak itu.
Parti Amanah Sarawak yang diketuai oleh Fizwan Zaidi, bekas Setiausaha PAS Sarawak, sebelum ini menyertai DAP dan PKR Sarawak dalam sesi ceramah 'Kopitiam Talk' dengan barisan bekas ahli PAS Sarawak bersama pimpinan AMANAH, Mat Sabu di Kuching.
-SarawakLIVE
Post a Comment