Jelasnya, hanya segelintir belia terbabit dalam perhimpunan yang dianjur pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang berlaku di ibu kota sebelum ini.
Jelasnya menyertai perhimpunan merupakan hak asasi semua rakyat Malaysia termasuk golongan belia asalkan ia dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Masalah timbul apabila pihak penganjur tidak mengikuti peraturan. Setiap perhimpunan diadakan perlu ada permit polis dan diadakan di kawasan yang tidak menganggu ketenteraman awam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program TownHall Dasar Belia Malaysia, Dari Belia Untuk Belia di Dewan Kemas disini semalam.
Turut sama ialah Timbalan Pengarah JBS Negeri Mudzamir Jili, Parlimen Belia Limbang, Hannah Maria Lamat dan jemputan lain.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan itu diadakan buat kali pertama di negeri ini dan Limbang dipilih sebagai kawasan pertama penganjuran program sedemikian.
Dr Rahman berkata lagi kerajaan sentiasa memberi ruang kepada semua meluah perasaan masing-masing, namun harus mengikut saluran betul.
Jelasnya, ia sejajar dasar demokrasi diamal Malaysia malah Dasar Belia Malaysia (DBM) akan menjadi rujukan selain mengambil kira cabaran politik, ekonomi, sosial serta teknologi dalam persekitaran global semakin kompetitif.
“Dasar ini digubal dengan mengambil kira karakter Belia Malaysia,” katanya lagi.
Selain itu katanya, KBS selaku badan peneraju pembangunan belia negara menyedia Pelan Peralihan Kepimpinan Belia serta Pelan Komunikasi Dasar Belia Malaysia sebagai panduan mengerak segala inisiatif DBM.
“Kita percaya melalui DBM potensi modal insan belia akan diserlah dengan memberi fokus utama kepada kumpulan sasar belia.
“Kerajaan sentiasa prihatin kepada kehendak termasuk keperluan golongan belia dan masyarakat,”katanya lagi.
Pelbagai inisiatif katanya akan dilaksanakan demi menjaga kesejahteraan kehidpuan rakyat di negara ini.-Borneo Post
Post a Comment