Namun tiada bukti jelas bahawa negara kita sedang mengorak ke arah penyatuan sebagai sebuah negara Malaysia. Parti politik berteraskan etnik takut kehilangan pengaruh di kalangan komuniti mereka, dan politik perkauman ini menjadi wadah dominan bagi meraih sokongan di negara ini.
Pergerakan tidak sehat ini malangnya didalangi Umno Baru serta para pemimpinnya. Ini satu-satu jalan yang diketahui mereka. Kepimpinan Umno hilang kreativiti dan kata-kata beracun dihambur bagi menyemarak sentimen perkauman.
Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, politik lebih matang berbanding hari ini. Kepimpinan Perikatan ditunjangi Tunku, Siew Sin dan Sambanthan dengan satu tujuan, bagi membawa negara ke arah kejayaan.
Agenda ekonomi dan sosial diformulasi bagi meningkat pemahaman di kalangan masyarakat. Populasi di desa buat kali pertama menyaksikan kemajuan. Prasarana didirikan bagi faedah orang ramai.
Tidak ada jalan bagi pihak pembangkang mendapat tempat. Korupsi berada di tahap sifar. Kronisme dan rundingan secara langsung tidak pernah diketahui.
Semuanya dibuat secara terbuka dan telus. Tiada pertindihan di antara politik dan pentadbiran kerajaan. Diharapkan masa depan negara dan politiknya bakal lebih berjaya.
Namun berbanding melakar kejayaan, kepimpinan pasca 1970an semakin mengundur.
Dek kerna bimbang sokongan Melayu semakin terhakis, politik Malaysia berubah ke arah perkauman.
Berdepan pembangkang, Umno Baru tidak mampu menggunakan sifat tradisional di dalam mengekal sokongan Melayu. Agama pula digunakan oleh parti politik Islam sebagai alat mencari sokongan umat Islam/Melayu.
Umno menggunakan tradisi sebagai umpan kesetiaan di kalangan masyarakat Melayu. Tetapi ia tidak menggunakan peluang membawa kemakmuran di kalangan populasi pedalaman. Umno sekadar menumpu kepada peningkatan status golongan Melayu bandar pada 1980an.
Berbanding memformulasi strategi konstruktif di mana semua komuniti etnik mampu bekerjasama memerangi elemen agama, Umno Baru menggunakan pendekatan lebih "Islamik" dari pembangkang.
Ia tidak mampu menjauhkan diri dari perangkap yang dipasang parti agama itu.
Maka Umno Baru terus terpesong dari asas yang diletak para pemimpin terdahulu. Ia perkara paling menyedihkan di dalam sejarah negara.
Kini perkauman telah berakar umbi di dalam atmosfera yang dahulunya mesra. Umno Baru terus memarakkan api ini.
Kumpulan "baju merah" tidak mungkin muncul sekiranya kerajaan Umno Baru tidak memberi sokongan terselindung kepada kumpulan penjahat yang berniat menganjur perhimpunan perkauman pada 16 Sept kelak.
Salah seorang naib presiden Umno Baru yang menyokong perhimpunan berkata parti itu tidak menghalang ahlinya dari menyertai perhimpunan jahat tersebut. Ini sikap tak bertanggungjawab.
Berkumpulnya kumpulan-kumpulan rasis ini hanya bagi menjayakan satu agenda, memecahbelahkan perpaduan rakyat.
Tiada unsur kreatif tentang perhimpunan ini. Ia hanya omongan kosong dengan pemikiran dangkal. Ia usaha jelek menunjukkan ketuanan Melayu yang sebenarnya dipacu kurang keyakinan diri.
Bagaimana mungkin pasangan dorman di dalam kerajaan bertolak ansur dengan majlis anti nasional ini?
Perlu diingati bahawa sesiapa yang menyokong kejahatan juga sebenarnya jahat.
Masa depan negara dan bangsa terumbang ambing namun para pemimpin langsung tidak peduli. Sudah sampai masa pasangan Umno Baru sedar dan tinggalkan sikap menurut perintah Umno Baru.
Negara ini tidak mampu menjalani insiden yang mampu menggugat masa depan jenerasi akan datang.
Jiran kita semakin ke hadapan dan politik mereka telah mencapai kematangan, tetapi kita pula kemunduran.
Kita tidak mahu kemajuan dihenyak tindakan tak bertanggungjawab dan jahat Umno Baru.
Malaysia harus keluar dari kepompong politik perkauman dan tiada tempat layak diberi kepada parti politik berteras etnik. Langkah berani perlu dilakukan dan Umno Baru tak mampu berinovasi di dalam bidang penting ini.
Perubahan bermakna kerajaan perlu diubah. Ini akan menjamin masa depan jenerasi rakyat Malaysia seterusnya.
Ahmad Mustapha Hassan merupakan bekas setiausaha akhbar Perdana Menteri Abdul Razak Hussein dan penulis buku, "The Unmaking of Malaysia".
-The Ant Daily
Post a Comment