Bekas aktivis PAS dakwa wakil rakyat keluar parti makan duit haram


Bekas aktivis PAS Mohd Riza Kamaruddin mendakwa rakyat parti itu yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) memakan hasil haram sekiranya tidak melepaskan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana pelanggaran lafaz bai'ah.


Mohd Riza berkata dalam lafaz bai'ah pemimpin PAS, antaranya mengharamkan perbuatan membelanjakan elaun yang diterima sekiranya keluar atau dipecat daripada parti.

"Saya ingin bertanya adakah mereka ingin mempermainkan hukum halal dan haram yang ditetapkan dalam Islam.

"Mana jati diri mereka? Sebagai orang Islam mereka wajib mematuhi hukum agama," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Justeru itu, Mohd Riza berkata wakil rakyat PAS yang keluar parti itu harus sedar pelanggaran bai'ah turut menyebabkan elaun yang dikongsi bersama keluarga juga haram.

Katanya sikap bekas wakil rakyat PAS yang tidak mempedulikan akibat melanggar lafaz bai'ah menunjukkan mereka meletakkan hukuman politik melebihi hukum Allah.

"Tidakkah mereka takut dilaknat Allah SWT kerana melanggar bai'ah yang dilafazkan secara sukarela," soalnya.

Pada masa sama Mohd Riza turut menyarankan pengundi yang memilih bekas wakil rakyat terbabit dalam pilihan raya umum lalu mendesak peletakan jawatan mereka.

"Rakyat mesti tolak sekiranya bekas wakil rakyat PAS terbabit bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 kerana mereka tidak layak jadi pemimpin," katanya.

Selain itu, Utusan Malaysia turut memetik sebahagian daripada lafaz bai'ah yang menunjukkan janji wakil rakyat menerima elaun haram sekiranya keluar parti atau dipecat.

"Segala perbelanjaan kamu dengan menggunakan wang elaun ahli dewan undangan yang tersebut adalah haram dan kami juga bersumpah dengan nama Allah, walahi, wabillahi, watallahi untuk meletak jawatan daripada menjadi ahli dewan undangan negeri atau dewan rakyat yang tersebut apabila kami keluar atau dipecat daripada parti." –The Malaysian Insider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget