Katanya, sebelum ini DAP termasuk golongan anti-kerajaan berbangga dengan perhimpunan 'haram' BERSIH sambil mendakwa Umno tidak mempunyai kekuatan.
"DAP termasuk bukan Melayu harus ingat, Umno serta orang Melayu tidak akan selama-lamanya berdiam diri," tegasnya dalam satu posting blog merujuk kepada perhimpunan baju merah semalam.
Bagaimanapun, Syed Ali menyangkal dakwaan kononnya Umno rasis dan sebaliknya mendakwa parti pembangkang, terutama DAP, yang sengaja mencanangkannya.
"Ya, Umno pertahankan Melayu, ratusan ribu ahli Umno akan bangkit jika keadaan sudah melampau, tetapi kita bukannya rasis," tegas beliau.
"Dakwaan Umno rasis karut, Umno tidak sepertimana DAP, tuduhan itu diputarbelit setelah mereka menyedari orang Melayu masih ada maruah dan harga diri," tegasnya.
Beliau berkata, perjuangan Umno berpaksikan kepada semangat kebangsaan di samping menjunjung syariat Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Menurut Syed Ali lagi, jika Umno rasis, sudah lama bukan Melayu tidak mendapat tempat di negara ini.
Sebaliknya, kata beliau, Umno sentiasa mendokong prinsip setiakawan dalam Barisan Nasional (BN) dan menghormati hak serta kebebasan bukan Melayu.
Tambahnya, Umno, walaupun memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu tetapi tidak pernah berlaku zalim kepada bukan Melayu.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali berharap kerajaan akan mendengar suara ratusan ribu yang mahu Akta ISA dikembalikan semula bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
"Ratusan ribu yang berhimpun semalam mahukan kerajaan mengembalikan semula akta ISA, jadi saya harap suara itu akan diberikan perhatian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.-Malaysiakini
Post a Comment