Sejak perhimpunan Bersih 4 diumumkan, kami lihat ada kecenderungan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mempamerkan isu ini dari sudut perkauman. Hal ini jelas menunjukkan, mereka akan terus berusaha untik mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu sebenar yang diketengahkan oleh Bersih 4 iaitu:
1) Pilihanraya Bersih
2) Kerajaan Bersih
3) Hak untuk Membantah
4) Kukuhkan demokrasi Berparlimen
5) Selamatkan ekonomi Malaysia
Sementara menghormati hak untuk setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman mengikut Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak betul jika perhimpunan berunsur perkauman 16 September diadakan untuk menakut-nakutkan bangsa lain sekaligus menakutkan seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi pada Hari Malaysia. Tindakan provokatif sebegini hanya akan mendatangkan keburukan kepada negara dan juga tidak sealiran dengan konsep 1Malaysia yang sentiasa diuar-uarkan oleh Perdana Menteri sendiri.
Jika penganjur himpunan perkauman 16 September ini berkeras untuk mengadakan himpunan tersebut walaupun tidak disenangi oleh majoriti rakyat Malaysia, adalah lebih baik jika objektif himpunan ini diadakan untuk memberi tekanan kepada pihak pemerintah untuk menyelesaikan kemelut ekonomi yang menyusahkan rakyat Malaysia.
Kami menyeru supaya rakyat Malaysia matang dalam menghakimi tindakan-tindakan ini dan tidak terpedaya dengan provokasi tidak masuk akal serta lapuk yang ingin dibawa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Kami dari DAPSY menyeru supaya anak-anak muda tidak emosional dalam menangani isu ini dan fokus kepada politik baru dan matang, menolak perkauman, rasuah dan pemimpin yang korup.
Muhammad Shakir Ameer, Sosialis Muda DAP Kebangsaan
Iskandar Fareez, Sosialis Muda DAP Bukit Bintang
-Roketkini
Post a Comment
Untuk Shakir Ameer agak malu saya nak meletakkan nama depan kamu itu ..maaf la hanya saya taruk shakir sahaja..kerana nama yang awal itu adalah asal nama yang cukup agung iaitu nama Muhammad S.A.W nabi agung umat islam ..nama Agung Rasulullah S.A.W itu sama sekali tak pernah berketua kan kafir harbi sepanjang perjuangan dan dakwah beliau namun kamu menegakkan LKS dan LGE bagi mengangkat kafir harbi (Cina) sebagai ketua perjuangan kamu..apakah tiada orang islam lagi di Malaysia ini boleh kamu pilih sebagai IMAM/ketua..
En Shakir Sosialis Muda LKS dan LGE rujuk la kepada Surah Al-Kafirun :
Terjemahannya di dalam Bahasa Melayu
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! ( (Al-Kaafiruun 109:1)
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. ( Al-Kaafiruun 109:2 )
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. ( Al-Kaafiruun 109:3)
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. ( Al-Kaafiruun 109:4)
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. ( Al-Kaafiruun 109:5)
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". ( Al-Kaafiruun 109:6)