Pertahankan semangat perpaduan


ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa menggesa semua lapisan masyarakat supaya terus mengekalkan semangat perpaduan antara satu sama lain memandangkan perpaduan amat penting dalam memupuk sikap saling menghormati agama dan kebudayaan rakyat negeri ini.

Menurutnya, melalui semangat perpaduan itu semua ahli masyarakat berbilang kaum di negeri ini dapat hidup aman dan selamat.

“Jika kita hidup aman damai dan sejahtera maka proses pembangunan bukan sahaja rancak kita laksanakan malah ia akan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Solidariti Malaysia Bahagian Sri Aman Parlimen P.203 Lubok Antu bertempat di Rh Minggat, Mujan, Skrang, di sini, semalam.

Dalam majlis itu Dr Rayong memperuntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada JKKK Rh Minggat, Mujan dan RM5,000 kepada Biro Wanitanya.

Sementara itu, beliau juga turut menggesa semua masyarakat tempatan supaya terus menyokong pucuk kepimpinan kerajaan sedia ada demi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berasa bertuah kerana setakat ini negara berjaya mencorak dan mengekal perpaduan penduduk berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Dr Rayong berharap supaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini mampu mengekal semangat perpaduan sentiasa terjalin demi kesejahteraan hidup rakyat pada masa akan datang.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai JASA Bahagian Sri Aman Geoffery Baja Ricky Maba, Wali Kota Sri Aman Richard Tawan dan ketua-ketua masyarakat sekitar Sri Aman.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget