PAS Minta Kamaruddin Periksa Status Perkahwinan


KOTA BARU: Seorang lagi Ahli Parlimen PAS telah melanggar lafaz bai'ah atau sumpah setia dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), oleh itu secara automatik menceraikan isterinya, dakwa Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau menasihatkan Datuk Kamaruddin Jaafar supaya memeriksa status perkahwinannya dengan Mahkamah Syariah Kelantan.

Kamaruddin menyertai rakannya, Dr Mohd Hatta Ramli yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Krai pada pilihan raya umum yang lalu dengan tiket PAS.

Mohd Hatta turut melanggar sumpah setia kepada parti dengan menyertai Parti Amanah Rakyat.

"Kedua-dua pemimpin ini tahu akibat meninggalkan PAS dan melanggar sumpah setia kepada parti.

"Sekarang mereka perlu melakukan perkara yang betul dengan mengosongkan kerusi mereka," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu pada Jumaat.

Mohd Amar berkata adalah tidak wajar bagi PKR menerima keputusan Kamaruddin 'lompat parti' dan tindakan itu akan membawa kesan yang lebih besar.

Katanya, apa jua alasan yang mendorong Kamaruddin untuk meninggalkan PAS, lafaz bai'ah yang ditandatanganinya masih terikat.

"Lafaz bai'ah dan perlembagaan parti menetapkan bahawa mana-mana pemimpin yang menyertai parti lain secara automatik gugur keahliannya dan pada masa sama, lafaz cerai seperti dinyatakan dalam sumpah itu terpakai," katanya.

Kamaruddin yang dilihat sebagai penyokong Amanah menyertai PKR bersama-sama dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

- MStar Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget