Dalam ucapan kempennya semalam, wakil Parti Tindakan Rakyat (PAM) untuk Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pantai Timur berkata beliau “beruntung tidak menjadi warga China atau Malaysia”.
Beliau juga mengenang kembali kedatangannya bapanya ke Singapura daripada tanah besar China.
“Kemudian bapa saya kenal emak saya, mereka berkahwin dan dapat enam anak.
“Jadi tahun ini kita sambut SG50 (ulang tahun ke-50 Singapura) dan saya fikir, jika bapa saya tidak naik bot ke Singapura, saya mungkin sekarang rakyat negara China,” tambahnya.
Lim juga percaya bahawa pemisahan Singapura dan Malaysia pada 1965 memberi keuntungan.
Jika tidak, katanya, rakyat negara itu sudah tentu sekarang sebahagian rakyat Malaysia.
“Kemudian pada 1965 Singapura dan Malaysia berpisah, kerana (perdana menteri pertama) Encik Lee Kuan Yew mahukan sebuah bangsa tidak mengira bahasa atau kau – semuanya sama,” katanya.
Beliau juga berkata tidak boleh tinggal di Malaysia kerana ia “milik orang Melayu”.
“Jadi kita tiada pilihan, kita hanya boleh berpisah.
“Jadi saya fikir jika kita tidak berpisah pada 1965, hari ini kamu dan saya akan jadi rakyat Malaysia, heng (beruntung) ah,” katanya.
Ucapan itu dimuat naik dalam Facebook saluran 8 televisyen MediaCorp negara itu.
Pihak yang tidak selesa dengan tindakan itu menuntut beliau meminta maaf.-Malaysiakini
Post a Comment
Hah apalagi wahai pengikut dan pemimpin Cina DAP? Memang betul kata Menteri Sumber Manusia Singapura Lim Swee Say itu. Bukan ke lebih beruntung jika kamu semua jadi warga negara Singapura shj? Tahun depan tak payah buat demo BERSIH lagi tapi kalau nak buat juga buat la kat Singapore sana. Tak adalah menganggu ketenteraman awam disini.