Ini diumumkan menerusi akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi yang menyatakan, seluruh warga PDRM menyanjung tinggi pemberian pangkat ini yang jelas menunjukkan keperihatinan dan penghargaan pucuk pimpinan di atas pengorbanan mendiang kepada PDRM dan juga negara.
"Hari ini, PDRM kehilangan seorang pegawai yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi Pasukan. Jasamu dikenang. Pengorbananmu disanjung."
Jenazah mendiang Inspektor Pentadbiran Trafik, Kluang Johor Inspektor Margaret meninggal dunia akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di repuh seorang penunggang motosikal semalam akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak hari ini (7 September 2015). - Sarawakiana
Post a Comment