KOMEN: “Apabila saya buat baik, saya rasa baik. Apabila saya buat jahat, saya rasa jahat. Itu agama saya” - ikut kata pepatah, yang disumbangkan oleh Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang ke-16.
Lincoln telah memahat nama beliau dalam sejarah sebagai Presiden Amerika yang menghapuskan sistem hamba melalui usaha tidak berbelah bahaginya dalam meyakinkan Kongres yang terbahagi untuk meluluskan Pindaan ke-13 pada 31 Januari 1875, dan disahkan pada 6 Disember, 1865 - secara rasminya menandakan pengakhiran perhambaan di negara itu.
Apa kaitan Lincoln dan perhambaan dengan kita?
Kenapa perlu satu peristiwa yang berlaku 150 tahun dahulu disebut kembali?
Bukankah kita tinggal di abad ke-21 di mana perhambaan tidak kita dengari?
Lincoln menjelaskan bahawa perhambaan bukanlah sekadar satu isu hak seorang lelaki kulit putih untuk mempunyai hamba dan ‘mahkluk yang lebih kecil’ dipaksa menjadi buruh dan halang kebebasan hanya kerana ia adalah sah di sisi undang-undang dan amalan yang meluas, sebagai satu cara hidup.
Pada beliau, ia adalah isu moral yang mendalam, dan amalan perhambaan bercanggah dengan prinsip ‘87 tahun dahulu nenek moyang kita melahirkan benua ini menjadi negara baru, diilhamkan dalam kebebasan, dan dedikasi kepada cadangan bahawa semua manusia dicipta sama rata.”
Malaysia mungkin tidak sama taraf dengan Amerika Syarikat tetapi krisis hampir serupa sedang berlaku di hadapan mata kita - krisis moral.
Najib RazakNajib Razak
Perdana Menteri Najib Razak adalah watak utama dalam skandal 1MDB yang telah menggoncangkan negara kita, dengan tangisan korupsi begitu kuat sekali dan meminta peletakkan jawatan beliau semakin kuat setiap hari.
Ribuan rakyat Malaysia yang prihatin telah turun ke jalanan Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan beberapa bandar besar seluruh dunia untuk menunjukkan solidariti kepada semangat kekitaan bertujuan untuk memanggil reformasi kepada sistem pilihan raya sekarang untuk memastikan pilihan raya yang bebas, bersih dan adil.
Perhimpunan-perhimpunan itu dilaksanakan dengan objektif untuk menuntut pentadbiran yang bersih dan telus di Malaysia dan juga memperkukuhkan sistem demokrasi berpalimen.
Seperti seorang ahli politik veteran dan Ahli Parlimen Lim Kit Siang berkata: “Kita sedang berhadapan satu krisis dan Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 selama tiga hari di Putrajaya adalah tiga hari bencana hubungan awam global buat Malaysia, 72 jam yang siksa memalukan maruah dan kehormatan Malaysia yang tidak pernah dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam hampir enam dekad kemerdekaan.”
Serangan terbaru dilancarkan oleh Ketua Ketelusan Antarabangsa, Jose Ugaz dalam satu ucapan tajam meminta jawapan jujur daripada Najib sendiri, dijangkakan tidak akan datang.
Ugaz terbukti mempunyai kuasa moral untuk bercakap tentang korupsi kerana beliau adalah pendakwa raya Peru yang menyiasat Alberto Fujimori, bekas presiden negaranya sendiri, kerana rasuah.
Lim Kit SiangLim Kit Siang
Fujimori telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan selepas satu perbicaraan yang panjang.
Bagaimanapun, Najib telah berikrar untuk mematahkan sebarang cubaan untuk memaksa beliau meletak jawatan.
Penyokong beliau yang buta secara moralnya berterusan menyokong beliau, walaupun permintaan keras daripada pembangkang dan rakyat Malaysia yang patriotik untuk beliau letak jawatan kerana mereka melihat beliau tidak layak secara moralnya untuk memimpin negara ini.
‘Tindakan memudaratkan kepada demokrasi berparlimen’ ini dapat diselesaikan dalam parlimen sendiri tetapi BN pimpinan Umno tidak menerima cadangan untuk mengusulkan undi hilang keyakinan ke atas Najib, sebagai perdana menteri.
Menyelamatkan negara, bukan perdana menteri, tidak dilihat menyedarkan ahli BN di parlimen yang dijangka akan menghalang usul jika ianya dibentangkan ketiika sesi parlimen akan datang, dijadualkan pada Oktober.
Di situlah di mana Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem dan Sarawak boleh membantu negara apabila tibanya persidangan Parlimen pada Oktober ini.
Adenan telah menolak terus dakwaan korupsi bekas KM Abdul Taib Mahmud dengan mudahnya menggunakan prinsip ‘beliau tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan’ dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan telah membersihkan nama Taib.
“Yang berlaku biarkan berlaku dan maju ke hadapan” - kata-kata falsafah untuk menjahu kesalahan pendahulu beliau di masa lalu dan sekali lagi, menggambarkan kebijaksanaan Adenan dalam meredakan situasi yang berpotensi memberi kesan buruk secara politik.
Biar kami lakukannya dengan cara Sarawak, perpaduan dalam kepelbagaian - kami mengagumi Adenan kerana mengingatkan warga Sarawak untuk teruskan kehidupan harmoni mereka, tidak tunduk kepada pengaruh negatif dari ‘elemen tidak diingini’ Malaya.
Sejajar dengan ini, kami turut memanggil Adenan untuk bangkit dan memanggil semua Ahli Parlimen Sarawak untuk bersama dan memberi undi tidak percaya ke atas PM.
Lincoln memerlukan 13 undi penting untuk meluluskan Pindaan ke-13 dan beliau berjaya mendapatkan undi berharga ini selepas ahli kongres yang waras memilih patrotisme melebihi kesetiaan parti atas asas moral dan keagamaan untuk menamatkan perhambaan di negara mereka.
Sejarah merekodkan momen terindah mereka dengan legasi mereka terpahat selama-lamanya.
Adenan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin baik dan boleh menjadi perdana menteri yang cemerlang.
Malahan warga Sarawak pun menggelar beliau sebagai ‘Perdana Menteri Sarawak’.
Beliau telah secara terbuka mengisytiharkan sokongan beliau kepada Najib sebagai ketua Barisan Nasional dan perdana menteri dengan merisikokan populariti politiknya.
Adakah kita menjangkakan beliau untuk memimpin kesemua 31 Ahli Parlimen Sarawak mengundi keluar Najib?
Bolehkah perkara tidak difikirkan berlaku?
Sememangnya sangat jauh, tetapi suara hati mempunyai satu cara lucu untuk menukar satu perkara - ‘suara dalaman’ kecil yang membisik ‘betul’ dan ‘salah’.
Ia telah berjaya membisik kebenaran kepada 13 ahli kongres Amerika pada 1865 dan menukar sejarah negara itu.
Adakah bisikan ini akan membesar kepada satu ngauman dan membuatkan Adenan menjadi Raja Singa?
Ahli Parlimen Sarawak, negara ini memerlukan anda di saat genting ini.
'Agi Idup Agi Ngelaban' - Selamatkan negara kita, berjuang dengan gagah dan benar
Jadilah pahlawan yang akan membanggakan nenek moyang kita.
Mereka berani untuk menentang Rajah, untuk kebenaran, kebebasan dan keadilan.
Dengan Lincoln dan Adenan, kita berdoa,
Kebenaran akan tunjukkan jalan.
Demi maruah, harga diri dan kemuliaan negara kita,
Hati nurani negara ini sedang dipertaruhkan.-The Ant Daily
Post a Comment