Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yakin tiada siapa yang akan dipecat apabila Majlis Tertinggi (MT) parti itu bermesyuarat esok.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Khairy berkata beliau 100 peratus pasti tidak akan ada pemecatan pemimpin kanan Umno esok.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan beberapa ahli MT termasuk Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Ahmad Said akan dipecat esok.
Muhyiddin dan Shafie masing-masing telah digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kabinet dalam rombakan kabinet pada 28 Julai.
Sebaliknya, Khairy berkata mesyuarat esok hanya merupakan mesyuarat biasa
MT.
"Kita akan berbincang bila untuk mengadakan perhimpunan agung tahunan, isu-isu politik semasa dan hal-hal pentadbiran parti," katanya.
Majlis Tertinggi tidak bermesyuarat selama tiga bulan selepas mesyuaratnya mereka bulan lalu ditangguhkan kerana ketegangan ekoran rombakan kabinet.
Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, memberi gambar sedikit cerah mengenai situasi masakini berdasarkan keputusan mesyuarat biro politik Umno semalam.
Sambil menyifatkannya sebagai sangat positif, Khairy ketika ditanya mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Muhyiddin, berkata "kita semua bercakap dengan satu sama lain, kita semua adalah profesional." -Malaysiakini
Post a Comment