Kehadiran di Bersih 4: Tahanlah saya, kata Mahathir kepada polis


Hari ini Dr Mahathir Mohamad berkata yang dia masih belum menerima sebarang notis rasmi untuk pendakwaan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 4.

“Itu adalah hak mereka (polis). Tahan saya sekiranya berani. Apa sahaja untuk memberikan kerjasama,” kata Mahathir sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Mantan perdana menteri itu, yang tiba dari Republik Czech, berkata yang dia hanya membaca berita itu pada 2 September yang dia akan disiasat atas jenayah memfitnah.

Sekiranya dia menerima notis arahan, Mahathir berkata: “Sudah tentu saya akan pergi. Jika polis memanggil anda untuk siasatan, anda perlu pergi. Itulah cara kehidupan di Malaysia.”

Mahathir menambah yang tuduhan yang dibuatnya sewaktu bantahan yang ketua bahagian Umno menerima rasuah dari Perdana Menteri Najib Razak adalah benar.

“Itulah yang saya tahu. Saya tahu mereka akan merasuah. Jangan buat alasan. Jangan tipu,” tambahnya.

Mahathir, ditemani isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali, disambut oleh kira-kira 50 orang penyokong malah menyanyikan bersama lagu “We are the world” dengan korus ditukar kepada “We are Malaysia, We are the rakyat.”

Pada 3 September, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata yang kenyataan Mahathir akan diambil kerana laporan polis dibuat oleh seorang ketua bahagian Umno kerana ucapannya di perhimpunan itu.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget