Insiden terpecil hina Presiden PAS pada Bersih 4.0



KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat meneliti dengan prihatin insiden memijak gambar Presiden PAS pada himpunan Bersih 4.0 yang rakaman videonya sedang viral di alam maya. 


Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, gambar Presiden PAS pula dicetak secara berniat jahat dan fitnah menggunakan kaedah superimpose berdakap dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Insiden ini meskipun kecil dalam satu himpunan besar seperti Bersih dan diperlakukan oleh mungkin anak-anak muda yang agak beremosi mengajak kita para pemimpin utama politik untuk menilai pendekatan dan batasan masing-masing dalam mengemukakan perbezaan pandangan dan pendapat termasuk dalam berpolitik," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, menjadi kewajipan setiap pemimpin utama mana-mana parti politik untuk mendidik ahli membezakan antara perbezaan pendapat dan penghinaan terhadap peribadi seseorang.

Tambahnya, penghinaan kepada mana-mana pemimpin utama parti politik boleh mengundang reaksi balas yang tidak dapat dijangka. 

"Akhirnya ia boleh membawa kepada pertembungan yang lebih buruk terhadap keharmonian bermasyarakat," ujarnya lagi.

Oleh itu, kata beliau penghinaan peribadi perlu ditolak dalam amalan berpolitik di negara ini kerana ia merupakan politik emosi dan nafsu. 

"Apa yang perlu dikembangkan sebagai gantinya ialah politik ilmu dan politik hujah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget