Apa jadi dengan saman Najib terhadap WSJ?


PETALING JAYA: Status saman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap akhbar Wall Street Journal menjadi tanda tanya selepas dua bulan.

Tanpa sebarang perkembangan lanjut mengenainya, tumpuan cuba dialih kepada individu yang menderma dana berjumlah RM2.6 bilion.

Dalam entrinya, penulis blog apanama berpandangan isu itu telah ‘digelapkan’.

“Apa yang kita dengar sekarang pula ialah tentang derma dan dermawan tidak beridentiti dari Timur Tengah.

“Dua bulan telah berlalu. Ahli serta pemimpin-pemimpin UMNO sudah celik atau masih buta kayu?,” soalnya.

Menerusi blog apanama.my beliau berkata pemimpin dan bangsawan UMNO pro Najib cuba mengalih isu tersebut dengan membuat serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu telah terpesong dari perjuangan sebenar UMNO apabila menyertai Bersih 4.0.

“Jika tindakan Dr Mahathir itu amat serius diluar batasan dan harus dikritik, apakah perbuatan bangsat seperti mencuri, berbohong, dan khianat itu perjuangan Umno yang sebenar dan harus disokong?

“Jika tidak mampu berdiri untuk menegakkan yang benar dan menghalang kemungkaran yang nyata didepan mata lebih baik berdiam diri dari cuba menegakkan benang yang basah,” katanya.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget