Pengasas Bersama dan Pengarah Global Witness Patrick Alley melemparkan tuduhan terhadap Taib semasa sesi pleno bertajuk "Keamanan, Kesaksamaan dan Keadilan Sosial: Memerangi Rasuah dalam Pembangunan dan Pelaburan Pasca 2015’ yang diadakan bersempena Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di sini hari ini.
Antara lain, Alley mendakwa Taib telah menyalahgunakan kuasanya seperti memberikan beberapa projek berkaitan dengan perladangan dan pembalakan di Sarawak kepada kroni beliau yang telah menyebabkan berlaku pembalakan haram.
Adenan, yang mengambil alih pentadbiran negeri Sarawak daripada Taib kira-kira 15 bulan lepas, semasa menjawab tuduhan itu menegaskan adalah tidak adil untuk menuduh seseorang sehingga telah dibuktikan bersalah oleh undang-undang.
"Lagipun, apabila bercakap tentang undang-undang, satu daripada peraturannya menyatakan seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," katanya.
Adenan berkata Taib telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Hakikatnya yang kita tahu ialah beliau tidak dihadapkan ke mahkamah dan tidak didapati bersalah. Jika anda mahu menuduh SPRM berat beselah, itu antara anda dan mereka," tegasnya.
Untuk membuktikan tuduhan itu adalah salah, Adenan mempelawa Alley untuk melawat Sarawak dan melihat sendiri sektor perladangan dan pembalakan di negeri itu.
"Kenapa tidak anda (Alley) datang sendiri ke Sarawak, kami akan tunjukkan anda hutan kami, lihat sama ada tuduhan itu benar, sah atau tidak. Cukup, cukup lah.
"Pekerja bahagian perhutanan negeri saya akan menjelaskan kepada anda. Jika anda salah kami akan beritahu yang anda salah, jika kami salah anda beritahu kami yang kami salah," katanya.
Adenan berkata beliau telah berjanji untuk menghentikan pembalakan haram di Sarawak menjelang tahun depan dan pada masa yang sama mahu ditingkatkan penguatkuasaan. - Bernama
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.