Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal telah menyatakan akan terus setia dan berkhidmat untuk kemenangan UMNO pada PRU14.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini yang tertangguh hampir dua bulan tidak menyaksikan sebarang pemecatan ahli seperti yang digembar gemburkan sebelum ini.
Sebaliknya apa yang berlaku, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal yang kononnya akan dipecat telah menyatakan kesetiaan kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya ucapkan terima kasih kerana Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan kesetiaan kepada UMNO, terus berjuang untuk parti dan kekalkan kekuatan UMNO untuk kejayaan dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di PWTC pada Selasa.
Katanya, pendirian sama juga disuarakan Shafie Apdal yang menyatakan kesanggupan untuk bekerja demi kepentingan parti.
Mengulas lanjut, antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah perkembangan isu semasa yang perlu ditangani, isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), proses rasionalisasi serta dana politik.
“Isu 1MDB saya dah beri penjelasan dengan Datuk Seri Husni Hanadzlah tentang kedudukan semasa dalam tempoh 6 bulan, memohon untuk meletakkan 1MDB dari segi kurangkan dam dan kita ada mendapat tawaran yang mengalakkan, tapi saya tak boleh maklumkan sekarang, bila dah selesai semua proses, kita akan buat pengumuman secara rasmi,” katanya.-Free Malaysia Today
Post a Comment