PKR tegas mahu PAS dalam gabungan baharu pembangkang


PKR bertegas masih mahukan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu walaupun ditentang DAP, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, PKR membuat keputusan itu selepas berbincang secara mendalam dan menerima mana-mana pihak yang berpendirian untuk melakukan reformasi secara total termasuk PAS.

"Itu pandangan Lim Guan Eng. Terpulang kepada DAP, yang saya nyatakan baru-baru ini bukan kenyataan dan pendirian saya tapi itu pendirian PKR.

"Ini bukan pendirian saya atau (Datuk Seri Dr) Wan Azizah. Kita telah bincang panjang, termasuk pandangan dan maklum balas yang diterima Ketua Umum yang menyatakan PKR sentiasa bsifat inklusif," katanya kepada pemberita di Rawang, hari ini.

- The Malaysian Insider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget