Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menegaskan parti Islam itu boleh kembali dengan syarat ia terus komited dengan agenda bersama parti lain dalam pembangkang.
“Seperti yang diputuskan oleh PKR dan diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa PKR akan bekerjasama dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama untuk membawa perubahan dalam negara.
“Musuh kita hanyalah UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ini sudah ditegaskan berulang kali,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media selepas menghadiri ‘PJ Half Marathon’..
Terdahulu, Wan Azizah juga menegaskan PKR masih mahu meneruskan kerjasama politiknya dengan PAS, apabila mengatakan parti itu boleh bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat untuk menjatuhkan kerajaan zalim.
“Kita bekerja dengan semua orang. Kita nak jatuhkan kerajaan zalim yang membuatkan ekonomi jadi begini dan mahu tatakelola yang baik.
“Sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mahu bersama kita, kita alu-alukan,” katanya.-Free Malaysia Today
Post a Comment