Oh Tidak! Amanah, satu lagi parti Malaya masuki Sarawak


KOMEN: Satu lagi parti politik berpusat di Malaya sedang memasuki Sarawak.

Menggunakan nama Parti Amanah Negara (Amanah), kumpulan serpihan PAS ini merancang untuk mengumumkan ketibaan mereka pada 6 September apabila pemimpinnya akan menjawab “kesemua persoalan mengenai penubuhan parti itu dan kehadiran mereka di Sarawak”.

Sebelum 6 September, maaf, orang-orang Amanah mengunci mulut mereka:

“Kami telah diberitahu oleh pihak atasan (parti itu) supaya tidak bercakap mengenai apa tujuan kami di Sarawak melainkan pada acara hujung minggu ini. Kami harap semua orang akan faham kerana kami masih baru dan dalam proses menyusun beberapa perkara,” kata pengerusi Amanah Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi.

Sudah tentu ‘pihak atasan’ merujuk kepada tuan dari Malaya yang mempunyai pengaruh terhadap orang bawahannya di Sarawak yang berkemungkinan langsung tidak tahu perbezaan - jika terdapat perbezaan ideologi - antara Amanah dan PAS selain daripada yang jelas - nama parti dan pegawai.

Selepas berpisah dengan PAS, DAP Sarawak tidak dapat menyorok rasa gembira mereka terhadap lawatan yang dirancang oleh parti berpangkalan Malaya lain, Amanah.



“Saya berasa gembira untuk mengalu-alukan kehadiran Amanah di Sarawak dan saya melihat ke hadapan kepada hubungan kerja yang baik antara DAP Sarawak dan Amanah Sarawak. Kita boleh menjadi rakan yang baik untuk menjatuhkan BN di negeri ini,” bagaimana ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen meletakkannya.

Ianya kelihatan lebih kepada kenyataan kesal - kesal kerana memori bekas rakan PAS yang terbatas di masa lalu, dan sekarang DAP mesti melihat ke masa hadapan dengan Amanah.

Buat Chong, beliau kelihatan yakin Amanah tidak boleh lebih kurang daripada PAS kerana orang Amanah adalah dari PAS.

Malahan, Amanah boleh menjadi lebih baik kerana ia mempunyai elemen PAS tetapi ia bukannya PAS, parti yang pernah sebantal dengan DAP tetapi tidak dapat apa-apa daripada penytuan itu dari segi kebaikan politik.

Buat Chong dan rakan-rakan, tanpa PAS ianya mestilah sukar, maka Amanah dirasakan seperti dihantar dari syurga.

Chong yang kagum bersedia untuk memeluk dan mencium apabila beliau berkata: “Amanah adalah parti Islam yang tepat untuk rakyat Malaysia. Visi mereka telah membuatkan kami (DAP) membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mereka.”

Chong tidak menahan mengkhianati mentaliti dipengaruhi Malaya. Bagi beliau Malaysia adalah Malaya, jadi beliau berfikir yang rakyat Malaysia perlukan parti Islam. Beliau lupa Sarawak tidak perlu sebarang parti berasaskan agama. Lebih teruk lagi parti Islam di negara majoriti Kristian.

Sarawak adalah sebuah negeri majoriti Kristian tetapi ia tidak pernah melihat sebarang keperluan untuk mempunyai parti berasaskan Kristian, maka kenapa warga Sarawak mengalu-alukan parti Islam?

Amanah mungkin bukan PAS, tetapi orang Amanah adalah orang PAS untuk bertahun-tahun yang perjuangan politiknya berpandukan Islam.

Seperti satu laporan Bernama pada 1 September berkata pengerusi Amanah Mohamad Sabu berkata penubuhan Amanah akan sekaligus membawa ke hadapan satu lagi parti politik Islam.

Beliau turut berkata mereka telah meminta untuk menggunakan Parti Progresif Islam sebagai nama rasmi parti politik itu tetapi permohonan mereka telah ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Jelas sekali, dalam Amanah, perjuangan mereka berpandukan oleh agama itu.

Warga Sarawak boleh memahami dengan jelas kenapa DAP mengalu-alukan parti Islam. Ia adalah parti yang dilahir dan dibesarkan di Malaya di mana Melayu dan Muslim adalah faktor politik dominan.

Tetapi mana-mana parti berasaskan Sarawak tidak akan membentangkan permaidani merah kepada Amanah, apatah lagi memeluk dan mencium orang yang sama pada satu ketika dalam parti PAS yang meluluskan hudud di Kelantan.

DAP Sarawak boleh ambil Amanah untuk diri mereka sendiri, tetapi warga Sarawak tidak akan mahu menjadi sebahagian daripada parti politik yang memainkan isu agama.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom merumuskannya dengan tepat:

“Ini adalah negara demokrasi dan parti-parti politik bebas untuk mengamalkan ideologi mereka selagi ianya di bawah undang-undang.

“Tetapi jika anda mendengar sentimen di kalangan warga Sarawak akhir-akhir ini, mereka tidak menyokong mana-mana parti yang berasal dari luar Sarawak. Maka, saya tidak fikir parti ini akan mendapat sokongan warga Sarawak.”-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget