Menteri S’wak salah seorang penyumbang dana Sarawak Report?


TERKINI: Seorang bekas wartawan hari ini membuat pendedahan menggemparkan apabila mendakwa seorang menteri Sarawak telah memberi dana kepada pengasas dan editor Sarawak Report (SR) Clare Rewcastle-Brown bagi operasi laman itu.

Lester Melanyi yang pernah menjadi wartawan di akhbar Sarawak Tribune mendedahkan hal itu dalam satu sidang media yang dianjurkan presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao.

Laman dan akhbar arus perdana telah melaporkan kenyataan Melanyi yang mendakwa ada “individu-individu berkuasa” di Sarawak yang memberi bantuan kewangan kepada Rewcastle-Brown. Melanyi juga pernah mencabar Rewcastle-Brown untuk mendedahkan pemberi dana SR.

Ketika diminta memberikan nama individu berkuasa itu, Melanyi berkata: “Saya tidak dapat mendedahkan nama mereka, kalau tidak saya akan disaman.”

Namun ketika diasak Semut Harian jika salah seorang individu yang dimaksudkan itu pernah menjadi tetamu wawancaranya di Radio Free Sarawak (RFS), beliau berkata ya.

RSF ditubuhkan Rewcastle-Brown pada tahun 2010 dan pada awalnya dikendalikan bekas dj radio tempatan CATs FM Peter John Jaban.

Melanyi juga mengesahkan bahawa tetamu yang diwawancara itu adalah seorang menteri Sarawak. Anak menteri itu juga dikatakan pernah bekerja untuk Rewcastle-Brown ketika peringkat awal penubuhan RSF dan Sarawak Report.

Melanyi juga mendakwa yang beliau sendiri pernah bekerja dengan Sarawak Report beberapa tahun lalu.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget