Lebih 5,000 saksi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Limbang



LIMBANG: 31 Ogos 2015, menjadi tarikh keramat buat lebih 80,000 penduduk di bahagian paling utara negeri ini apabila menjadi tuan rumah Hari Kebangsaan Peringkat Negeri buat kali pertama di Kompleks Sukan Limbang semalam.

Lebih 5,000 warga kota membanjiri Kompleks Sukan Limbang bagi menyaksikan perarakan yang bermula seawal jam 7 pagi itu.

Sekitar 65 kontinjen membabitkan lebih 3,000 peserta terdrir daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan pelajar sekolah menyertai perarakan itu.

Acara dimulakan dengan persembahan koir lagu-lagu patriotik daripada 500 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang.

Aktiviti lain termasuk perbarisan pasukan keselamatan, perbarisan setiap kontinjen, pertunjukan gerak gempur, pertunjukan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pertunjukan tempur tanpa senjata Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hadir memeriahkan hari bersejarah itu ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib.

Turut sama ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan isteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, menteri-menteri muda, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan kenamaan lain.




TARIKAN: Seorang warga England, Jane Hughes terpegun melihat keunikan baju bermotifkan Jalur Gemilang dipakai seorang kanak-kanak, Eqwan Fermandani Norden,5, dari Kampung Tabahon, Limbang. Jane merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Limbang. Beliau turut meraikan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Kompleks Sukan Limbang, semalam.
- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget