Khairy setuju dengan Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin setuju dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya negara Malaysia menjauhi sebarang provokasi berbentuk perkauman.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, provokasi perkauman itu sememangnya perlu dielakkan kerana jika dibiarkan berterusan ia boleh mendatangkan masalah besar kepada negara terutama ketegangan kaum.

“Sudah pastilah, kalau ada apa-apa provokasi perkauman, sudah tentu kita tidak mahu ada masalah ketegangan kaum dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Jualan Hari Sukan di Stadium RSH, Mid Valley Megamall pada Sabtu.

Ketika berucap di dalam program Membara Jasamu Dikenang UMNO Bahagian Pagoh 2015 pada Jumaat, Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara yang sudah lama merdeka, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia dimiliki oleh semua kaum sebagai rakyat di negara ini.

“Ia tidak boleh dipandang ringan dan jika berlarutan akan menerbitkan sifat perkauman yang menebal yang menyebabkan mereka saling mencurigai antara satu sama lain,” kata Muhyiddin.

Dalam perkembangan lain, Khairy menyokong polis mengambil tindakan terhadap peserta Himpunan Baju Merah yang menimbulkan kekecohan di Jalan Petaling.

“Selagi mereka tak menyalahi undang-undang, kita tidak halang mereka untuk terlibat dalam mana-mana perhimpunan.

“Yang penting ada terbukti kalau mereka menyalahi undang-undang, yang itu maka tindakan harus diambil terhadap mereka,” katanya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget