Malah, ia bersifat provokasi perkauman dengan justifikasi agama yang menggunakan tafsiran yang salah, kata aktivis muda DAP, Nor Miswary Ramli.
Beliau selaku Penolong Setiausaha DAP USJ Subang Jaya berkata, tindakan puak tersebut mengaitkan DAP kerana kegagalan UMNO-Barisan Nasional membela maruah Melayu adalah bukti tindakan mereka yang berada di luar ketamadunan manusia.
“Dakwaan tersebut jelas berniat jahat dan sangat tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Di perhimpunan semalam para peserta dilaporkan mengutuk dan menyerang polis di kawasan perniagaan Petaling Street.
Selain itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dengan angkuhnya menyatakan perkauman adalah sesuatu yang dibenarkan oleh Islam, dan tidak ada salahnya menjadi rasis untuk mempertahankan kaum sendiri “asalkan tidak menzalimi kaum lain”.
Ketua Penerangan UMNO yang berjawatan timbalan menteri, Datuk Ahmad Maslan serta beberapa pemimpin UMNO turut hadir memberi sokongan kepada perhimpunan perkauman itu.
Menurut Nor Miswary, walaupun ramai pihak marah dengan puak baju merah yang mencetuskan provokasi perkauman, lebih ramai yang kecewa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyokong dan memuji perhimpunan rasis tersebut.
“Sokongan Perdana Menteri telah memberi gambaran betapa Malaysia dipimpin oleh mereka yang hanya menjual slogan daripada mempraktikkannya.
“Apakah gelaran Bapa Transformasi beliau telah bertukar menjadi Bapa Perkauman dengan pujian itu?” soal beliau.
Tambah beliau, walaupun DAP meraikan hak untuk berhimpun secara aman, rakyat menolak perhimpunan provokasi perkauman yang mengecam kaum-kaum lain serta menyebar fitnah dan pembohongan terhadap pihak lain, khususnya DAP. – Roketkini.com
Post a Comment