Justeru, kata Abdul Hadi, PAS memilih "acuan Islam sebenar" untuk mengatasi kemelut itu selepas mendapati ideologi manusia gagal menyelesaikannya.
"Sebab itu kongres ini diadakan bagi mendidik (ahli) bertukar-tukar fikiran.
"Walaupun kita golongan lemah, kita bukan menyalak dekat bukit, tapi kita menyalak dekat ‘babi’ dalam bukit,” katanya dalam ucapan perasmian Kongres Rakyat - Membina Malaysia Sejahtera di Shah Alam, hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kekuatan dan kesatuan dalam parti perlu diutamakan sebelum mencapai matlamat besar menjadi pemerintah selepas pilihan raya umum akan datang.
"Wawasan kita adalah wawasan kembali kepada Allah. Kita diajar oleh Islam bukan sekadar ke Putrajaya. Lepas Putrajaya kita mati, bertemu dengan Allah, menzahirkan dan diiktiraf, berbuatlah baik dan fikirlah baik-baik," katanya lagi.
Berikutan itu, kata Abdul Hadi, untuk dalam mencari penyelesaian daripada masalah yang berlaku, PAS akan tetap mempertahankan dasar perjuangannya dengan memartabatkan Islam sebagai panduan dalam mencari kebenaran.-Malaysiakini
Post a Comment