Surat jemputan mesyuarat yang tersebar. |
SHAH ALAM - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilapor bertindak mengadakan satu perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno sebagai persediaan sebelum menghadapi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada Rabu.
Dalam satu surat jemputan bertarikh 2 September yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tenku Adan Tengku Mansor, menyuarat tersebut dijadual berlangsung jam 9.30 pagi ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Dalam pada itu, menerusi laman mikro Twitter Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan mesyuarat berkenaan.
"Meeting this morning (mesyuarat pagi ini)," tulisnya merujuk kepada sebuah posting oleh portal The Malaysia Insider mengenai mesyuarat berkenaan.
Mesyuarat kali ini dilihat diadakan ketika spekulasi pemecatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertiup kencang dan kemelut dalaman Umno yang semakin meruncing.
Selain nama Muhyiddin dan Shafie, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Jumat Idris dikatakan akan disingkirkan daripada Umno pada mesyuarat Rabu ini.
Sementara itu, sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider, Muhyiddin selaku timbalan presiden dan Shafie sebagai naib presiden juga menerima jemputan tersebut.
- Sinar Online
Post a Comment