Anina, ahli Umno yang dipecat fail injunksi beku aset Najib

Bekas ketua Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin memfailkan injunksi untuk membekukan aset Datuk Seri Najib Razak, selain akaun terperinci bagaimana derma RM2.6 bilion yang diterima untuk Umno itu digunakan.
Keahlian Anina ditamatkan selepas beliau memfailkan tuntutan saman terhadap Najib dan parti pada 28 Ogos berhubung AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Beliau juga memfailkan tuntutan berasingan untuk mencabar penyingkirannya daripada parti.

Peguam Hanif Khatri Abdullah yang mewakili Anina berkata permohonan untuk membekukan aset Najib difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

“Pembekuan aset mengikut injunksi Mareva akan kekal hingga tuntutan dibuang,” katanya.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget