Berpegang atas prinsip itu jugalah Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri tidak mahu terlibat dalam Perhimpunan Rakyat Bersatu atau Perhimpunan Baju Merah, 16 September lalu.
Ini kerana, menurut Ke-tua Pemuda BN Negeri, Datuk Seri Fadillah Yusof perhimpunan tersebut ber-tentangan dengan nilai-nilai yang amalan serta budaya rakyat di negeri ini.
“Seperti yang dikatakan oleh Ketua Menteri, kita BN di Sarawak ini berjuang untuk semua tanpa me-ngira latar belakang kaum, bangsa atau agama.
“Sebab itu, kita tidak mahu terlibat dengan apa-apa yang berlaku di ne-geri-negeri lain yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian termasuk Perhimpunan Baju Merah di Kuala Lumpur, Rabu lepas,” tegasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PBB di sini semalam.
Terdahulu, Fadillah mempengerusikan me-syuarat jawatankuasa kerja Pemuda BN negeri mengenai Program Pemuda BN Untuk Masyarakat yang akan diadakan di Long Busang, Belaga pada 24 hingga 26 September ini.
Jelas Fadillah lagi yang juga Menteri Kerja Raya, sejarah latar belakang negeri ini dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia serta Sabah adalah berlainan.
Justeru, katanya, adalah perlu untuk semua barisan pemimpin dan rakyat me-mahami latar belakang sejarah negeri yang sentiasa berjuang atas kepentingan bersama tanpa mengira latar belakang.
“Kita di Sarawak merupakan satu-satunya kumpulan masyarakat dalam Malaysia yang benar-benar menghayati semangat 1Malaysia.
“Sebab itu, kita tidak mahu terlibat dengan apa yang berlaku di sebelah sana sebaliknya cuba membawa nilai-nilai murni di negeri ini untuk diikuti oleh negeri lain.
“Bukan bermakna kita sombong, tetapi ini yang ingin kita bawa bersama ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya menambah rakyat harus mengekalkan nilai-nilai ini sehingga ke generasi akan datang agar Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman dan damai.-Utusan Borneo
Post a Comment