Jangan dengar hasutan larang penyukatan tanah NCR


SRI AMAN: Menteri Muda Pertanian Datuk Mong Dagang menasihati rakyat di negeri ini supaya jangan termakan hasutan sesetengah pihak melarang pemilik tanah Hak Adat Bumpitera (NCR) melakukan penyukatan perimeter tanah mereka.

Katanya pemilik tanah NCR diingat agar tidak menyesal jika kerajaan bertindak menghentikan program penyukatan perimeter tanah tersebut pada masa akan datang.

Mong mendakwa, isu tanah NCR kelihatan masih kekal sebagai mainan politik pihak pembangkang untuk meraih sokongan politik.

“Bagaimanapun kita tidak memaksa rakyat menyertai program ini.

“Tiada halangan buat pemilik tanah NCR mempercayai hasutan pembangkang selagi mereka tidak menyalahkan kerajaan jika program ini tamat pada suatu hari nanti,” katanya.

Mong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Entulang Bungkang, Sri Aman, semalam.

Sementara itu kata Mong program penyukatan perimeter terbabit akan membolehkan penduduk memiliki nilai tanah NCR yang tinggi sebaik sahaja sudah melalui proses tersebut.

“Lagipun tanah NCR dijamin kekal milik mereka setelah melalui proses itu.

“Ia akan kekal dimiliki pemilik tanah buat selamanya dan diwariskan kepada generasi mereka sendiri nanti,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget