BN akan tubuh pasukan mantapkan jenteranya


BINTULU: Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menubuhkan pasukan untuk memantapkan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata semua calon yang bertanding mewakili BN akan diumumkan pada penghujung Mac ini.

Katanya beliau telah mengumumkan dua calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak yang diwakili oleh Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip dan DUN N69 Kemena oleh Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) merangkap Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) yang juga Setiausaha Agung PBB dan BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk Zon 6 yang merangkumi Jepak, Kemena, Samalaju, Tanjung Batu, Murum dan Belaga di Hotel Promenade semalam.

Ditanya tentang kemelut UMNO yang berlaku di Semenajung Malaysia, Adenan berkata ia tiada kaitan dengan negeri ini.

Katanya Deklarasi Rakyat yang dilancar, diwujudkan oleh pihak bersekongkol yang sebelum ini pernah bermusuh antara satu sama lain dan kini bersama membentuk satu kumpulan.

“Saya ada baca deklarasi Tun Mahathir tetapi malangnya apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir sendiri yang membenarkan dirinya menjadi alat untuk memecah dan menjatuhkan parti yang dipimpinnya sejak beberapa tahun.

“Saya masih menghormatinya tetapi ia situasi politik yang berlaku di Semenanjung, namun hakikatnya kepimpinan dan Perdana Menteri sekarang disokong atas sebab perhatian istimewa dan minat yang ditunjukkan terhadap Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata: “Saya terkejut dengan tindakan Tun Mahathir dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan akan menggunakan situasi itu untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Ujarnya, ia perlu diamati dengan berhati-hati melihat kepada tipu helah pembangkang yang mengaku pandai dan pakar dalam bidang itu.

Hadir sama pada sidang media itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Talib dan Dr Rundi.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget